Posts

Showing posts from 2001

Buat Sahabat

Sahabat Ramadhan pertamaku tahun ini di bumi kaherah menyaksikan pesta dijalanan lalu kutanyakan pada mereka apakah kemeriahan ini yang ku saksikan? Ramadhan menjelang sudah bermulanya pesta jalanan selama sebulan bermula iftar ke sahur menyedut thurkish coffee dan sheesha/hukkah hingga ke dinihari arab dan parsi hanyalah bangsa hukkah dan sheesha satu budaya iftar ke sahur arab berpesta khan el-khalili di kaherah berjerebu sentiasa big bazar di tehran juga serupa memang itu hiburan mereka galabia burqah budaya juga berkerudung berjubah undang-undang dunia rambut tiga warna pameran semesta intifada untuk satu bangsa bukan Islam yang mereka bela manakan tidak turunnya bala?? pengacara Al-Jazeera mengalahkan TV3.......;) Hasza

Puisi Buat Bumi Gersang Afghan

kapan mega merah berarak pergi bahang kepanasan berlalu meninggalkan kecintaan yang hakiki bakal hadirkah kemesraan yang lalu melintasi kemarau yang berpanjangan ini deru sayap beburung memuntahkan najisnya menoda tanah yang suci menimbus rumah pertapa kian mula menyepi meninggalkan kepunahan bumi yang sedia kontang dan ku lihat anak-anak menangis menanti sang bapa membakar panganan untuk hari ini tidak tahu apakah esok akan hadir lagi mengisi kantung perut di tubuh si kecil sedang sang bapa besar gagah diusung segala kuasa mengusung kekuasaan baru yang ada di pundaknya tiada burqah tiada sarban tiada jubah senyum kekuasaan melebar menantikan satu penantian sumpah yang kulihat bakal hanya dibibir janji yang ku fikir hanya di mulut untuk tanah suci yang berdarah berbusung barah bernanah esok lusa akan memuntahkan noda esok lusa mega merah akan menyapa esok lusa bahang kepanasan hari itu akan mampir dengan seribu satu kecelakaan bakal hadirkah kecintaan itu menemani kemesraan yang hakiki

Sang Amir dan Banjir

Bila sang Amir mula turun berendam dibanjir separas pinggangnya berlegar di udara dengan helikopter meredah laluan dengan lori tentera menyedia penganan ribuan rakyatnya Mana segala dato' hulubalang dan segala pembesar? yang telah menerima karunia segala darjah kebesaran dan Sang Amir mula murka... Berduyun-duyunlah ratusan dan ribuan para datuk dato' pembesar sekelian dari segala rumah persinggahan KL, Genting, London, Paris menonton kedaifan rakyat ditimpa malang Hasza Kuantan, 251201

Puisi di Teluk Nipah

Maka berlabuhlah tirai senja menepati janji sepi meniti kegelapan berteman kerlipan ribuan bintang masih ada mega merah terpancar di kaki Dia adalah seorang lelaki tafakur dan pasrah pada putaran alam sinaran mata membolosi cakerawala bersatu dengan sebuah kerlip mengapai suatu mimpi di persinggahan duniawi Dia adalah seorang lelaki deru ombak di pantai hanyalah suatu melodi yang melontarkan ribuan buih yang hilang disapu angin dimamah pasir membungkam di pinggiran ilusi Dia adalah seorang lelaki dingin bayu yang menyapu hanyalah sebuah cerita sayu yang menggetarkan sebongkah hati menerajang menyusup gegendang telinga menghilang dibawa pergi Dia adalah seorang lelaki ombak pantai di pinggiran senja mengajarnya tentang duniawi sebuah persinggahan ke dunia yang abadi Hasza Teluk Nipah, 24122001

Salam Idul Fitri

ku tiup salam mewangi membuai terbang tak beralun meniti banjaran awan mendakap dingin salji segumpal belaian ku tiup salam mewangi merentas rimba tak berlapisan menggulung di ombak kehijauan sebuah kasih sayang ku tiup salam mewangi meniti samudera tak bergelombang menghembur daunan berlorek bercakaran setangkai kerinduan ku tiup salam mewangi meredah taufan tak menderu menyapu gurun berombak lantang serumpun kenangan ku tiup salam mewangi membelah ramadhan yang suci mampir di syawal aidil fitri segengam keiklasan untuk secupak kemaafan Hasza Teluk Intan, 17122001

Nafsu Ramadhan

Suara-suara yang memanggil untuk beristirehat sedikit waktu hanyalah suara-suara yang menghanyutkan yang menerjah menembusi dinding pejabat untuk terus membuai layu dan hanyut bersamanya kelaparan yang sedikit ini bukanlah alasan untuk menuruti nafsu Hasza Cyberjaya, 07122001

Sehari di Dubai Kota Expatrate

Sehari di Dubai kota expatrate menemukan aku sorang ikhwan yang membawa bersarapan roti prata dan teh tarik meronda bandar maya Dubai Internet City mengenalkan aku dengan Jebel Ali (bakal ku buka office di sini) membawaku ke burj el-arab(i) sehari di Dubai kota expatrate menemukan aku seorang ikhwan membawa ku bersantai di pantai Jumeirah ada pantai india katanya dan ada pantai untuk expatrate tapi yang nyata pantai di bumi arab ini pantai di kota expatrate ini sama seperti pantai-pantai yang lain sama seperti pantai di phuket sama seperti pantai di pangkor sama seperti pantai di kunashiri sama seperti pantai di iskhandariah sama seperti pantai di keinotatsubara sama seperti pantai di ujung kulon ada dugong putih bersantai ada dugong merah bersantai ada dugong sawo matang bersantai aku tak nampak dugong dari malizi sehari di Dubai kota expatrate menemukan aku seorang ikhwan kerinduan petai dan jering...... Hasza Cyberjaya, 11122001

Reality Anak Kampung

Di sini di bumi sinilah seorang anak kampung menjadi agung tersenyum dengan puja-puji semua penyokong langkahnya bertukar rentak rakusnya membuak-buak di sinilah di bumi sinilah seorang anak kampung menjadi jaguh agama bergerak mimbar ke mimbar lantang berkhutbah minggu saban mingguannya cerita tentang Islam cerita tentang siasah dada-dada akhbar menceriakan penceritaannya...... di sinilah di bumi sinilah seorang anak kampung dinobatkan pahlawan di sana-sini dunia sana dunia sini 14 dentuman meriam menyambut ketibaan anugerah besar itu dan ini jawatan taraf dunia tersemat di dada pemberian yahudi nasrani di sinilah di bumi sinilah seorang anak kampung masih lagi jaguh agama masih tetap di sanjung dan seorang lagi anak kampung dalam perjalanan mencari realiti hanya percaya sumpahan Illahi tak redha yahudi dan nasrani selagi kita tak dijalannya....... seorang anak kampung adakah realiti????? Hasza Cyberjaya, 10122001

Puisi Sakti

Awan yang dihembus angin berkumpulan membentuk suatu gunung sakti sarat berlalu perlahan membawa redup yang darinya turun air, batu dan api membakar tika fikir berfikiran melayang air inilah yang memecah batu menghancur menjelmakan pasir dan inggot yang tumbuh darinya mula mentadbir dunia dan kita alah padanya pasir itulah menjelmakan silikon guna menghantar puisi ini kepada pembaca.... di dunia maya Hasza Cyberjaya, 07122001

Iftar di Shinjuku

Pertanyaan seorang Jepun tentang keIslamanku tempuh hari di Shinjuku, membuat aku megah, ku katakan hait dan hait juga kujawabkan pada pertanyaan tentang berRamadhan selama 30 hari bulan ini, tidak memerlukan makan dan minum di siang hari makanya poketnya akan selamat selama menyambutku di sana, kerana makan malamku pun bakal sedikit sewaktu iftar cuma. Bersambung melayani pertanyaannya, menjurus ke alam peperangan menentang terrorism dan peperanganku mempertahankan pegangan, bahawa Islam ad-din dan ad-din tiada keganasan, tiada terrorism in Islam, bila seorang Islam melakukan kesalahan, bukan semua orang Islam bersalah, Asahara juga terrorist, JRA juga penganas di dunia ini, makanya kukatakan jangan kaitkan terrorism dengan Islam, Jepun yang mengaku "mukyo" itu tentunya tidak mahu ku katakan semua "mukyo" pembunuh bila ada seorang darinya membunuh, dan terrorist jugakah Jepun ketika melanggar Malizi dulu???? Dan membunuh 3 orang pamanku...... dan iftarku bersama a

Ramadhan Pertama

Ramadhan pertama di Cairo, berpesta hingga jam tiga pagi bandar Cairo tidak sunyi pak arab nenyedut shisa dan turkish coffee Ramadhan pertama Jumaat 16 dan Malaysia masih belum puasa tahun ini puasaku 31 hari? dan rayaku bergalabia tahun ini..... Hasza Cairo, 16 November 2001

Ujian Kehidupan (Buat Paman Hj. Ramli)

Dering telefon bimbitku melenyapkan segala hayalan yang bermain tentang hidup yang bakal mendatang dan dering yang mampir membawa perkhabaran tentang kematian satu noktah kehidupan irama dan melodi deringannya memberi sebutir kesedaran yang kehidupan ini hanya suatu persinggahan untuk suatu pengujian pengujian tentang keamanan pengujian tentang kejujuran pengujian tentang ketabahan pengujian tentang kesabaran pengujian tentang kesakitan pengujian tentang kepapaan pengujian tentang seribu satu macam persoalan yang bakal nanti dipertimbangkan untuk sebuah kehidupan yang abadi (Berehatlah Pamanku, semuga menjadi ahli taman Syurgawi) HaszaCyberjaya, 6 November, 2001

Mencari Pengharapan

Tikanya mentari menyabung panahan bahang kedadaku lahirlah suatu budi Dan Rira ku tahu namamu pada sebuah senyum ku tahu usulmu pada sebuah tangis munggil tumit bogel menerjah jalanan mengharap sekantung ehsan deting syiling berlagu sekeping demi sekeping Rira harap dan pengharapan yang kau sandarkan apakah bisa menemu kehadiran sang ibu yang melontar kasih pada tepian jalanan alpa pada gelojak nafsu hanyut dek buih-buih wiski di pub-pub yang bertaburan lelah di pelukan jantan yang silih berganti mendamping untuk lima menit cuma diranjang Rira anak munggil delapan tahun meniti jalanan kota raya membawa secangkir harapan bersama lagu deting syiling tidak peduli hari yang lalu Rira masih menyandar satu pengharapan Hasza Stesen LRT Bandaraya 4 November, 2001

Tanah Bertuah

Ku datangi tanah ini lagi Untuk yang kesekian kalinya Bersama ribuan cita suatu masa lalu Embun yang menitik bukan lagi jernih Tapi merah semerahnya saga Angin yang menyapa bukan lagi nyaman Tapi hangat sehangat bahang Kicauan burung yang terbang lalu Sudah tidak semerdu dulu Sayu dan longlai layu Tanah ini Tanah bertuah ini tidak seindah dan sepermai kala aku menduduki dadanya bermain bukitan berjajar bersenda di gigi sungai berenang di alirannya memanjat pepohonan Tiada lagi lolongan unka dan kera Tiada kawanan punai berterbangan Tiada kelkatu berserakan Tiada merah mega menyala Tiada desir angin didaunan Tiada kocak perigi dihambat timba Tanah ini tanah bertuah Yang menumpahkan darahku buat kali pertama Telah merubah rupanya...... HaszaPuchong, 28 Oktober 2001

Persoalan Hari Ini

Ya Ikhwan, Genderang perang telah dipalu Jerung ganas menyumpitkan isi Meledak bumi gersang Seribu gunung runtuh Tempat pertapa menghayati mimpi memohon restu Ilahi di malam sunyi menghamba diri Ya Ikhwan, Genderang perang telah dipalu Siulan burung besi memuntahkan najis pemusnah Meledak bumi gersang Melayangkan jiwa suci anak-anak Yang aku tontoni di kaca TV di monitor TFT di dada akhbar yang ku langgani Ya Ikhwan, Ku lihat di sini sehari-hari Siapa engkau dan siapa aku ini......? Negara Islamkah tanah ini.......? Benarkah berita itu di TV...? Dan seribu persoalan lagi yang tiada jawapan Kerana puak-puak sedang bermimpi tentang kuasa tentang wang tentang kerusi tentang undi Ya Ikhwan, Benar sumpahan Ilahi Dengan waktu Ashr Bahawa manusia dalam kerugian....... (Al-Ashr) Hasza Cyberjaya, 25 Oktober, 2001

Jumeirah

Di dada pantaimu Ku temui Japon, India, Pakistani, dan Maleizi Berbakaran burung dan ikan Berpesta makanan di pantai Dan anak-anak bermandian Berkejaran buih ombak di pantai Jumeirah Tak ku temui anakmu di sini Hasza Jumeirah Beach (Dubai), 14012001