Posts

Showing posts from April, 2003

Pabila Kolam Berkocak

Pabila kolam berkocak, tiada perlunya anak-anak ikan gelisah, hanya menjengukkan rupa di permukaan, sambil melihat perubahan alam, bahawa alam ini luasnya tidak terkirakan, masih banyak lagi ruang untuk dijelajah, dan bahawa riak air yang yang melebarkan jaluran, adalah bagai tempat mainan, yang padanya punya senyum, padanya juga punya tangis, (sudah kebiasaan anak-anak ketawa dan menangis dalam sama bermainan) Pabila kolam berkocak, segala macam bapak ikan yang besar-besar, mula juga menjengukkan wajah, untuk memaham apakah kocakan ini tentuan alam, atau mainan dasar yang ingin terbenam, oleh jerlus buatan, atau deru lori-lori hantu membuang tanah yang tidak digunakan, untuk menimbus kolam yang sedikit-sedikit masa menghayalkan, dengan cerita anak-anak ikan yang sedang belajar berceloteh, sesama kawanannya.... ada cerita seluang, ada cerita baung, ada cerita sepat (jantan juga betina), ada cerita haruan..... Pabila kolam berkocak, ikan-ikan besar yang dulunya anak-anak hanya akan seny

Bila Bahtera Karam

Bahtera yang karam bila nakhoda alpa bisa mengenyangkan para jerung di lautan yang padanya adalah kegagahan Ku lihat sebuah bahtera gagah karam semalam nakhoda yang padanya tergantung kegagahan hanyalah satu sandiwara bila mana angin bertiup sedikit kencang bahtera yang dulu indah kini hancur berkecai Jerung-jerung laut kelaparan bersorak menelan apa sahaja darah memerah di segenap ruang ada pesta darah di situ Apakah ada esok? Lautan yang berombak menyanyikan satu lagu keganasan dalam ceritera keindahan pantai dialun kedamaian sepoi bayu yang menyingkap jendela dan membelai anak rambut di dahi bukanlah satu realiti apabila sebuah bahtera tumbang berkecai dengan impian yang tidak kesampaian Apakah ada esok? Pada benak kanak-kanak itu yang hilang sebelah kaki menjadi tahi gigi jerung ganas Di mana paus yang gah di lautan untuk menghalau segala jerung yang tidak punya belas ehsan atau paus hanya bertiduran dibuai ombak bermain-main di dekat pantai Nanti paus ini akan terdampar di pantai

Peradaban Yang Tiada Seri

Mengapa harus kita dengarkan suara-suara mimpi yang melekakan sedang saudara kita kepedihan dialun penderitaan kehidupan Bahawa kata-katanya adalah dusta kebenaran tetap akan menyerlah seperti yang dijanjikan.... Mereka tidak akan senang selagi kita tidak mengikutinya (al-Baqarah 120) Harusnya kita sekata dalam pertembungan ini kerana kita adalah saudara dan daulah yang tanpa sempadan adalah satu daulah impian menuju ke destinasi gemilang Kejatuhan yang terancang adalah satu rahsia yang bukan lagi rahsia demi kerakusan dan duniawi hilang pancaran Illahi dihati-hati yang layu yang didadanya cuma kekuasaan dan keperadapan yang tiada seri Hasza bandar siber 17042003