Posts

Showing posts from January, 2002

Bunga Api

Bunga api yang berterbangan dulu sungguh indah bila di tonton di kaca tivi. Mendesup terbang dari bumi ke langit dan langit ke bumi. Keindahan ini seharusnya menyerikan muka bumi untuk kesejahteraan tetapi bunga api ini yang berterbangan dua belas tahun dulu memusnahkan kesejahteraan. Kesakitannya kerana terbakar masih lagi terasa dan kini ada tangan-tangan yang ghairah untuk bermain bunga api lagi. Dunia Islami yang baru mendapat kuasa juga ingin turut serta. Kata janji dulu hanya hiasan mulut yang keluar di corong-corong suara setiap pelusuk dunia. Dar Al-Islam yang musnah akibat semangat Young Turks sudah tidak dapat dikembalikan. Dunia Islami ini bakal bersama si kufar bermain bunga api, walau hanya menyediakan landasan pelancaran bunga api itu. Semangat Young Turks yang membunuh Dar al-Islam yang terakhir di dunia, masih tebal.... dan akan terus bermain bunga api, untuk saudara-saudaranya. Yang tentunya bunga api ini, keindahannya membunuh kesejahteraan. Hasza Bandar Siber 0901200

Kehidupan

Kehidupanku adalah satu pelayaran lalu mampir di pulau kecil untuk menyimpan bekalan bagi melayari samudra yang tidak berkesudahan Hasza Cyberjaya, 04012002

Kematian

Kematian adalah tidur yang amat panjang merungkai segala rahsia di pulau kehidupan Hasza Cyberjaya, 04012002

Tahun Baru

Apa yang menjalar di otak fikiran tahun baru Al-Maseh ini adalah budaya yang diinjekkan yang tidak ada signifikannya pada kita (mungkin pada penganut kristen, ya) kalau ianya signifikan sebagai muslim maka aku akan tuntutkan hari kelahiran Adam Idris Nuh Hud Shaleh Ibrahim Luth Isma'il Ishaq Ya'qub Yusuf Ayyub Musa Harun Dzulkifli Dawud Sulaiman Ilyas Ilyasa Yunus Zakaria Yahya (Kita sudah punya Maulidul Rasul dan tahun baru Hijr lambang kebangkitan) dan bersekang mata menanti jarum jam melintasi nomor 12 menonton bunga api yang ongkosnya kata en-ti-vi-7 RM500 juta (???? ini yang ku dengar) yang pak menteri dan media kata haram tempuh hari berpelesiran di kota-kora raya para remaja, anak-anak, ibu-bapa adalah sesuatu yang kita perlu fikir kembali Tahun baru ini jarum jam tanganku juga melepasi nomor 12 di Puchong Perdana tika isteri dan anak-anakku di ulit mimpi aku menyendiri di depan kaca ti-vi dan monitor ti-ef-ti... Hasza Cyberjaya, 03012002

Pengetahuan vs Ilmu

Seorang cendikiawan bertanyakan padaku tentang apa bedanya pengetahuan dan ilmu dan kukatakan pengetahuan itu daripada apa yang kita baca dan dengar dan lihat manakala ilmu itu berkembang untuk kesejahteraan ummat dengan iringan seribu rahmat. Ramainya manusia yang berpengetahuan mencipta segala macam barangan yang lebih membawa kerusakan dan amat sedikit manusia yang berilmu mencipta untuk kesejahteraan dan hasil pengetahuan cuma jadi bahan jualan. Tiada rahmat disisinya untuk kesejahteraan. Hasza, 030102

Tazkirah Tahun Baru

Air yang datang melimpah merusak segala harta hatta mencabut nyawa daripada laut dengan kelajuan 70 knot daripada sungai di pedalaman daripada langit berjuraian adalah satu tazkirah ( = peringatan seperti kata Bang Ramli) untuk sekelian hambaNya Di sini manusia masih alpa dari bintang walk ke dataran merdeka dari bangsar ke shah alam pesta senja ke malam malam ke siang menyambut hari yang bukan milik kita Hasza Puchong, 020102