Bunga Api

Bunga api yang berterbangan dulu sungguh indah bila di tonton di kaca tivi.

Mendesup terbang dari bumi ke langit dan langit ke bumi. Keindahan ini seharusnya menyerikan muka bumi untuk kesejahteraan tetapi bunga api ini yang berterbangan dua belas tahun dulu memusnahkan kesejahteraan. Kesakitannya kerana terbakar masih lagi terasa dan kini ada tangan-tangan yang ghairah untuk bermain bunga api lagi.

Dunia Islami yang baru mendapat kuasa juga ingin turut serta. Kata janji dulu hanya hiasan mulut yang keluar di corong-corong suara setiap pelusuk dunia. Dar Al-Islam yang musnah akibat semangat Young Turks sudah tidak dapat dikembalikan. Dunia Islami ini bakal bersama si kufar bermain bunga api, walau hanya menyediakan landasan pelancaran bunga api itu.

Semangat Young Turks yang membunuh Dar al-Islam yang terakhir di dunia, masih tebal.... dan akan terus bermain bunga api, untuk saudara-saudaranya. Yang tentunya bunga api ini, keindahannya membunuh kesejahteraan.


Hasza
Bandar Siber
09012002, 0302pm

Comments

Popular posts from this blog

Buat Sahabat

Bila Senja Berlabuh (i)

Wajah Tua Di Kaki Langit