Posts

Showing posts from November, 2002

Salam Idul Fitri

Ku sampaikan salam mewangi membuai terbang tak beralun meniti banjaran awan mendakap dingin salji segumpal belaian Ku sampaikan salam mewangi merentas rimba tak berlapisan menggulung di ombak kehijauan sebuah kasih sayang Ku sampaikan salam mewangi meniti samudera tak bergelombang menghembur daunan berlorek bercakaran setangkai kerinduan Ku sampaikan salam mewangi meredah taufan tak menderu menyapu gurun berombak lantang serumpun kenangan Ku sampoaikan salam mewangi membelah Ramadhan yang suci mampir di Syawal Aidil Fitri segengam keiklasan untuk secupak kemaafan........ Hasza Cyberjaya 29112002, 0231pm

Merindu Sebuah Dakapan

Malam yang dingin memancarkan cahaya kesucian untuk sebuah kehidupan dan datanglah suatu nama besar agung dalam suatu pusingan kedatangannya dinanti seribu umat bersama berjuta rahmat Ramadhan al-Mubarak sinaran yang kau pancarkan tiada yang terlawankan dan pasrah aku pada dakapanmu munajat aku di malam-malammu walau tubuh ku layu semangatku membara di pelukan Ramadhan al-Mubarak dalam ketenangan malammu yang syahdu pada sebuah penantian malam yang di janjikan untuk melupus segala dosa memohon seribu keampunan pada noda-noda.... Ramadhan al-Mubarak Roh yang kudus menghinggap dengan berjuta rahmat dalam munajatku mencari keredaan lampu-lampu jalanan yang membinarkan pandangan tewas oleh manik-manik cinta yang berderai melantun membasahi pipi dalam pelukan satu malam yang umpamakan seribu bulan Ramadhan al-Mubarak bulan untuk sekelian umat Di sini masih ramai yang alpa berpelesiran di tangga-tangga menara mencari ketinggian dunia meneroka keangkuhan jiwa takluk pada nafsu yang tak pernah

Peperangan Ini

Hembusan angin malam yang bertiup membawa segar sesegar mawar mewangi seenak kasturi meredah sunyi Kesendirian diulit mimpi suatu ceritera berlagu..... Anak-anak yang tadinya lena kini hingar berpekikan kapan semboyan peperangan berdesing di pinggiran kota darah merah bersimbahan tulang putih berselerakan bauan yang meledakkan jantung membuai diselimuti kelam Manusia yang alpa memangnya tidak pernah lupa pada kebejatan hasil tangan dan sumpah yang dituliskan adalah sumpah azali yang tak perlu dipersoalkan Darah Habiel yang membasah tanah oleh kealpaan Qabiel untuk seorang bernama Iqlima adalah suatu tragedi yang pertama di mukabumi ini yang hanya dibaca tiada pengajaran daripadanya oleh manusia.... kerana ternyata nafsu itu adalah musuh utama!! dan iblis bersama sekelian lasykarnya mengipas menyemarak nafsu untuk suatu kerosakan yang menjadi mainan manusia Kegelojohan manusia membawa segala macam kerosakan tentunya akan berakhir dengan iman dengan ilmu dengan taqwa dengan sabar dengan