Posts

Showing posts from October, 2001

Tanah Bertuah

Ku datangi tanah ini lagi Untuk yang kesekian kalinya Bersama ribuan cita suatu masa lalu Embun yang menitik bukan lagi jernih Tapi merah semerahnya saga Angin yang menyapa bukan lagi nyaman Tapi hangat sehangat bahang Kicauan burung yang terbang lalu Sudah tidak semerdu dulu Sayu dan longlai layu Tanah ini Tanah bertuah ini tidak seindah dan sepermai kala aku menduduki dadanya bermain bukitan berjajar bersenda di gigi sungai berenang di alirannya memanjat pepohonan Tiada lagi lolongan unka dan kera Tiada kawanan punai berterbangan Tiada kelkatu berserakan Tiada merah mega menyala Tiada desir angin didaunan Tiada kocak perigi dihambat timba Tanah ini tanah bertuah Yang menumpahkan darahku buat kali pertama Telah merubah rupanya...... HaszaPuchong, 28 Oktober 2001

Persoalan Hari Ini

Ya Ikhwan, Genderang perang telah dipalu Jerung ganas menyumpitkan isi Meledak bumi gersang Seribu gunung runtuh Tempat pertapa menghayati mimpi memohon restu Ilahi di malam sunyi menghamba diri Ya Ikhwan, Genderang perang telah dipalu Siulan burung besi memuntahkan najis pemusnah Meledak bumi gersang Melayangkan jiwa suci anak-anak Yang aku tontoni di kaca TV di monitor TFT di dada akhbar yang ku langgani Ya Ikhwan, Ku lihat di sini sehari-hari Siapa engkau dan siapa aku ini......? Negara Islamkah tanah ini.......? Benarkah berita itu di TV...? Dan seribu persoalan lagi yang tiada jawapan Kerana puak-puak sedang bermimpi tentang kuasa tentang wang tentang kerusi tentang undi Ya Ikhwan, Benar sumpahan Ilahi Dengan waktu Ashr Bahawa manusia dalam kerugian....... (Al-Ashr) Hasza Cyberjaya, 25 Oktober, 2001