Persoalan Hari Ini

Ya Ikhwan,

Genderang perang telah dipalu
Jerung ganas menyumpitkan isi
Meledak bumi gersang
Seribu gunung runtuh

Tempat pertapa
menghayati mimpi
memohon restu Ilahi
di malam sunyi menghamba diri

Ya Ikhwan,

Genderang perang telah dipalu
Siulan burung besi memuntahkan najis pemusnah
Meledak bumi gersang
Melayangkan jiwa suci anak-anak

Yang aku tontoni
di kaca TV
di monitor TFT
di dada akhbar yang ku langgani

Ya Ikhwan,

Ku lihat di sini sehari-hari
Siapa engkau dan siapa aku ini......?
Negara Islamkah tanah ini.......?
Benarkah berita itu di TV...?

Dan seribu persoalan lagi
yang tiada jawapan

Kerana puak-puak sedang bermimpi
tentang kuasa
tentang wang
tentang kerusi
tentang undi

Ya Ikhwan,

Benar sumpahan Ilahi
Dengan waktu Ashr
Bahawa manusia dalam kerugian....... (Al-Ashr)


Hasza
Cyberjaya, 25 Oktober, 2001

Comments

Popular posts from this blog

Buat Sahabat

Bila Senja Berlabuh (i)

Wajah Tua Di Kaki Langit