Posts

Showing posts from 2003

Analisis Driver

Analisis penyair analisis driver punya maksud tersendiri Petanda akan perang lagi? kibaran bendera dan genderang peperangan hanya di media-media cacian dan umpatan masih tidak reda di dada-dada akhbar Penyapu angin mula bekerja...... Aku langsung tidak peduli kalau Taksin menghantar tentera ke Iraq beratus tahun kebebasannya mula terikat berjabatan dengan lanun dan perampok laknat!! Aku Melayu Islam yang tak tersebut di dada al-Quran tidak punya kesamaan dengan Yahudi yang disebut-sebutkan......... Tidak mungkin al-Khaliq lupa!! Hasza Bandar Siber 30122003

Helang Perlu Belajar Menguasai Lapangan

Seekor helang gagah berundur ketempat peraduannya menyepi diri dan anak-anak ada yang keriangan ada yang kesedihan kala pemangsa lain berkeliaran tiada lagi helang yang gagah mempertahankan Anak helang remaja meneraju belantara belajar menduga kegelapan dan kepekatan ini memang menakutkan! Nanti anak helang remaja akan mendewasakan diri belajar menguasai lapangannya jika tidak tewas di pertengahan jalan! Hasza

Fitrah Alami....

Salam Eid al-Mubarak Biar ribut peluru di pelusuk dunia Eid Mubarak tetap mewangi di sana-sini Satu kematian hanya menjadi retorik dunia yang digembar-gemburkan menutupi seribu kematian lainnya dunia kepanasan dan menyesakkan dada bagai muncung merapi yang membahang menanti letusan menusnah kesegaran Eid Mubarak tetap mewangi di sana-sini Biar sekeping roti pembuka puasa di aidil fitri biar bunga api percikan peluru menerangi biar darah membasahi baju biar raungan anak-anak kehilangan pergantungan biar runtuh rumah-rumah penginapan untuk hati terkesamping melupaiNya adalah suatu yang amat jauh sekali tidak langsung terlintas walau sekelip mata Ribuan kematian hanya menjadi satu permainan nyawa-nyawa yang melayang di Chechnya, Bosnia, Afghan, Iraq adalah hanya nyawa bagi mereka hanya nyawa yang tidak punya nilai sesuatu yang perlu dikesampingkan untuk satu kekuatan untuk suatu kekuasaan!!!! Ribuan nyawa hanyalah debu-debu jalanan bagi mereka!!!! yang tiada nur di hatinya tiada taqwa di

Mengenderai Ramadhan

Kepantasan Ramadhan yang berlalu membawa sejuta kehangatan menikam sanubari menghalau nafsu Mengenderai Ramadhan tidak membuat kita lesu dan kesucian mendekati kalbu..... Hasza Bandar Siber

Perjalanan

Perjalanan yang terlalu singkat memang buat orang buru-buru hingga kadang terlupa dan tertinggal bekalan untuk sampai ke tempat tujuannya Perjalanan kadang-kadang memeningkan pada yang tidak mampu mamaham Seperti perjalanan dari Shah Alam - KL - JB ada apa-apa yang tertinggal? Hasza 17102003

Ini Bukan Isu Politik

Bila dunia semakin sempit ledakan bunyian di seberang dunia sana bisa kedengaran diselangi tangisan darah yang mengalir di sini juga bisa memerahkan tanah sana satu petanda kedatangan akhiran seperti yang dijanjikan....... Masih ada yang leka dan alpa Akademi Fantasia untuk hiburan keduniaan menjadi ikutan sesuatu budaya yang diinjekkan kalimah Allah yang tertulis di al-Kitab hanya jadi gurauan dan pemuka dunia memesongkan kebenaran pemuka negara berkiblat keduniaan.... Masih ada yang leka dan alpa kelab-kelab semakin meriah mendapat kunjungan hiburan keduniaan menjadi agenda utama untuk merosakkan minda satu ummah Masih ada yang leka dan alpa uda dan dara berpelesiran merata suami lupakan anak dan isteri isteri bersengkang mata entah dengan siapa ibu-bapa merelakan Akademi Fantasia dengan pembelajarannya Masih ada yang leka dan alpa kerana ini bukan isu politik ini isu kebejatan ummah yang menuju kehancuran seperti yang terang tertuliskan........ Hasza 12082003 – kmu-net

Dar Al-Islam dan Pilihanraya

Memangnya Dar Al-Islam takkan tertegak dengan pilihanraya tak pernah di dengar dari guru-guru dan dari buku-buku bahwa Rasulullah dilantik menerusi pilihanraya Kulafa’ Ar-Rashidin di pilih di pilihanraya walhal Islam berkembang dengan pesatnya Dan kini pendokong demokrasi membunuh fikrah Islami dan memusnah golongannya sendiri. Hasza Cyberjaya

Perjalanan

Longlai kaki menapak membelah taufan adalah kaki yang semalam berenang di lautan makanya harus diteruskan melangkahi belantara waktu duri-duri dijalanan adalah lagu merdu yang dijanjikan di destinasimu. Hasza Puchong Perdana

100 Sen

100 sen yang terbuang tidak menjadi apa-apa ia menjadi sangat berharga di pintu tol tika dikocek tinggal 20 sen cuma Hasza LDP 23052002

Pabila Kolam Berkocak

Pabila kolam berkocak, tiada perlunya anak-anak ikan gelisah, hanya menjengukkan rupa di permukaan, sambil melihat perubahan alam, bahawa alam ini luasnya tidak terkirakan, masih banyak lagi ruang untuk dijelajah, dan bahawa riak air yang yang melebarkan jaluran, adalah bagai tempat mainan, yang padanya punya senyum, padanya juga punya tangis, (sudah kebiasaan anak-anak ketawa dan menangis dalam sama bermainan) Pabila kolam berkocak, segala macam bapak ikan yang besar-besar, mula juga menjengukkan wajah, untuk memaham apakah kocakan ini tentuan alam, atau mainan dasar yang ingin terbenam, oleh jerlus buatan, atau deru lori-lori hantu membuang tanah yang tidak digunakan, untuk menimbus kolam yang sedikit-sedikit masa menghayalkan, dengan cerita anak-anak ikan yang sedang belajar berceloteh, sesama kawanannya.... ada cerita seluang, ada cerita baung, ada cerita sepat (jantan juga betina), ada cerita haruan..... Pabila kolam berkocak, ikan-ikan besar yang dulunya anak-anak hanya akan seny

Bila Bahtera Karam

Bahtera yang karam bila nakhoda alpa bisa mengenyangkan para jerung di lautan yang padanya adalah kegagahan Ku lihat sebuah bahtera gagah karam semalam nakhoda yang padanya tergantung kegagahan hanyalah satu sandiwara bila mana angin bertiup sedikit kencang bahtera yang dulu indah kini hancur berkecai Jerung-jerung laut kelaparan bersorak menelan apa sahaja darah memerah di segenap ruang ada pesta darah di situ Apakah ada esok? Lautan yang berombak menyanyikan satu lagu keganasan dalam ceritera keindahan pantai dialun kedamaian sepoi bayu yang menyingkap jendela dan membelai anak rambut di dahi bukanlah satu realiti apabila sebuah bahtera tumbang berkecai dengan impian yang tidak kesampaian Apakah ada esok? Pada benak kanak-kanak itu yang hilang sebelah kaki menjadi tahi gigi jerung ganas Di mana paus yang gah di lautan untuk menghalau segala jerung yang tidak punya belas ehsan atau paus hanya bertiduran dibuai ombak bermain-main di dekat pantai Nanti paus ini akan terdampar di pantai

Peradaban Yang Tiada Seri

Mengapa harus kita dengarkan suara-suara mimpi yang melekakan sedang saudara kita kepedihan dialun penderitaan kehidupan Bahawa kata-katanya adalah dusta kebenaran tetap akan menyerlah seperti yang dijanjikan.... Mereka tidak akan senang selagi kita tidak mengikutinya (al-Baqarah 120) Harusnya kita sekata dalam pertembungan ini kerana kita adalah saudara dan daulah yang tanpa sempadan adalah satu daulah impian menuju ke destinasi gemilang Kejatuhan yang terancang adalah satu rahsia yang bukan lagi rahsia demi kerakusan dan duniawi hilang pancaran Illahi dihati-hati yang layu yang didadanya cuma kekuasaan dan keperadapan yang tiada seri Hasza bandar siber 17042003

Di Hari Kekasih Nanti

Di hari kekasih nanti dunia kan bobrok buat seketika tapi mungkinnya harga getah bisa naik harga dengan naiknya harga mawar di pinggir kota Di hari kekasih nanti BADAR harus di hidupkan segera untuk memburu sang kekasih yang bercanda di hotel-hotel pinggir kota...... Hasza Puchung Perdana 13022003

Anak Anjing Tetap Anak Anjing

Anak nelayan tidak semestinya jadi nelayan bisa jadi seorang usahawan anak petani tidak semestinya jadi petani bisa jadi tauke kompeni anak menteri tidak mesti jadi menteri bisa juga jadi kuli yang nyata anak anjing tetap jadi anak anjing tidak bisa jadi kucing Hasza Cyberjaya

Wanita oh wanita....

Dalam senyum yang terpancar di mata dalam sendu yang tersimpan dihati yang terkunci dan terperam bersama masa bisa merobohkan kota yang utuh bertahun bila melodak kekuasaannya Wanita oh wanita cinta, kasih, sayang yang terbina dan cemburu yang menempel di hati bisa meragut seribu jiwa lelaki yang akhirnya membawa kebejatan duniawi jika tidak disulami ilmu dan aqal iman dan taqwa Wanita oh wanita.... dia penghibur dia juga menjadi senjata syaitan yang difirmankan dan disabdakan..... Wanita oh wanita.... berserilah di jambangan untuk sentuhan jiwa-jiwa pada satu kesejahteraan........... Hasza Bandar Siber 23012003