Peradaban Yang Tiada Seri

Mengapa harus kita dengarkan
suara-suara mimpi yang melekakan
sedang saudara kita kepedihan
dialun penderitaan kehidupan

Bahawa kata-katanya adalah dusta
kebenaran tetap akan menyerlah
seperti yang dijanjikan....

Mereka tidak akan senang
selagi kita tidak mengikutinya
(al-Baqarah 120)

Harusnya kita sekata
dalam pertembungan ini
kerana kita adalah saudara
dan daulah yang tanpa sempadan
adalah satu daulah impian
menuju ke destinasi gemilang

Kejatuhan yang terancang
adalah satu rahsia yang bukan lagi rahsia
demi kerakusan dan duniawi
hilang pancaran Illahi
dihati-hati yang layu
yang didadanya cuma kekuasaan
dan keperadapan yang tiada seri

Hasza
bandar siber
17042003

Comments

Popular posts from this blog

Buat Sahabat

Bila Senja Berlabuh (i)

Wajah Tua Di Kaki Langit