Pabila Kolam Berkocak

Pabila kolam berkocak,

tiada perlunya anak-anak ikan gelisah, hanya menjengukkan rupa di permukaan, sambil melihat perubahan alam, bahawa alam ini luasnya tidak terkirakan, masih banyak lagi ruang untuk dijelajah, dan bahawa riak air yang yang melebarkan jaluran, adalah bagai tempat mainan, yang padanya punya senyum, padanya juga punya tangis, (sudah kebiasaan anak-anak ketawa dan menangis dalam sama bermainan)

Pabila kolam berkocak,

segala macam bapak ikan yang besar-besar, mula juga menjengukkan wajah, untuk memaham apakah kocakan ini tentuan alam, atau mainan dasar yang ingin terbenam, oleh jerlus buatan, atau deru lori-lori hantu membuang tanah yang tidak digunakan, untuk menimbus kolam yang sedikit-sedikit masa menghayalkan, dengan cerita anak-anak ikan yang sedang belajar berceloteh, sesama kawanannya.... ada cerita seluang, ada cerita baung, ada cerita sepat (jantan juga betina), ada cerita haruan.....

Pabila kolam berkocak,

ikan-ikan besar yang dulunya anak-anak hanya akan senyum sambil mendengus, kerana tidak bisa ketawa huahahahahahahahaha....

ikan-ikan besar sudah faham, kocakan kolam hanyalah satu gurauan... bukan kocakan pemusnah alam, lumpur yang bertebaran, nanti mendap juga, untuk jadi tempat mainan keli? dan tentunya bakal ada lopak baru untuk puyu bersenda-gurauan, dan ruang talapia menetaskan anak-anaknya....

Pabila kolam berkocak,

memang sesekali kolam harus berkocak, agar penghuninya tidak lena, oleh igauan nyaman bunyian menghayalkan..........


Hasza
28042003
Bandar Siber

Comments

Popular posts from this blog

Buat Sahabat

Bila Senja Berlabuh (i)

Wajah Tua Di Kaki Langit