Posts

Showing posts from August, 2004

Ke Mana?

Nyanyian burung yang hinggap di pohon ara tepi rumahku membawa aku terbang pergi menghayali kehidupan ini bahawa aku adalah untuk diriku! Kegagahan bukitan ini yang berdiri tidak goyang dek ribut melanda dan sungai yang mendesir berlumba-lumba bersatu mencemar kesuciannya adalah fenomena seketul diri jasad insan kerdil kekar binaan dalam kelembutan bisa terbelah hancur Hayalan terbangku membawa aku ke jauh pada kolorado yang terbelah pada mekong yang lesu pada kuning yang-tze yang bergelodak pada satu arah tujuan mencemar kesucian kemasinan lautan dalam yang tiada hujung menjadi tarikan yang tidak pernah aku ketahui kenapa!! Hayalan terbangku membawa aku hinggap ke puncak-puncak dingin udara yang membeku memutih meliputi dalam kabus menyesakkan dada yang menyempit alah pada sinar cahaya mencair dan mengalir lesu dan pantas adalah pada waktunya bersatu untuk tujuan yang satu..... Terbangku membawa aku hinggap di pantai sebutir pasir yang berkilau bernyanyi lagu merdu puncak dunia yang d