Ini Bukan Isu Politik

Bila dunia semakin sempit
ledakan bunyian di seberang dunia sana
bisa kedengaran diselangi tangisan
darah yang mengalir di sini
juga bisa memerahkan tanah sana
satu petanda kedatangan akhiran
seperti yang dijanjikan.......

Masih ada yang leka dan alpa
Akademi Fantasia untuk hiburan keduniaan
menjadi ikutan
sesuatu budaya yang diinjekkan
kalimah Allah yang tertulis di al-Kitab
hanya jadi gurauan
dan pemuka dunia memesongkan kebenaran
pemuka negara berkiblat keduniaan....

Masih ada yang leka dan alpa
kelab-kelab semakin meriah mendapat kunjungan
hiburan keduniaan menjadi agenda utama
untuk merosakkan minda satu ummah

Masih ada yang leka dan alpa
uda dan dara berpelesiran merata
suami lupakan anak dan isteri
isteri bersengkang mata entah dengan siapa
ibu-bapa merelakan Akademi Fantasia dengan pembelajarannya

Masih ada yang leka dan alpa
kerana ini bukan isu politik
ini isu kebejatan ummah
yang menuju kehancuran
seperti yang terang tertuliskan........

Hasza
12082003 – kmu-net

Comments

Popular posts from this blog

Buat Sahabat

Bila Senja Berlabuh (i)

Wajah Tua Di Kaki Langit