Iftar di Shinjuku

Pertanyaan seorang Jepun tentang keIslamanku tempuh hari di Shinjuku, membuat aku megah, ku katakan hait dan hait juga kujawabkan pada pertanyaan tentang berRamadhan selama 30 hari bulan ini, tidak memerlukan makan dan minum di siang hari makanya poketnya akan selamat selama menyambutku di sana, kerana makan malamku pun bakal sedikit sewaktu iftar cuma.

Bersambung melayani pertanyaannya, menjurus ke alam peperangan menentang terrorism dan peperanganku mempertahankan pegangan, bahawa Islam ad-din dan ad-din tiada keganasan, tiada terrorism in Islam, bila seorang Islam melakukan kesalahan, bukan semua orang Islam bersalah, Asahara juga terrorist, JRA juga penganas di dunia ini, makanya kukatakan jangan kaitkan terrorism dengan Islam, Jepun yang mengaku "mukyo" itu tentunya tidak mahu ku katakan semua "mukyo" pembunuh bila ada seorang darinya membunuh, dan terrorist jugakah Jepun ketika melanggar Malizi dulu???? Dan membunuh 3 orang pamanku......

dan iftarku bersama an-mang, shushi dan misho-shiro selama 3 hari di Shinjuku dan Shibuya memberi pengalaman baru di kota yang lebih sedekad ku tinggalkan, dikota itulah aku bermain dulu.......


Hasza
Crown Princess Hotel, Tokyo
5 Dis. 2001

Comments

Popular posts from this blog

Buat Sahabat

Bila Senja Berlabuh (i)

Wajah Tua Di Kaki Langit